Wanita ini cari pembantu rumah, tawar gaji RM3,800 sebulan

Wanita ini cari pembantu rumah, tawar gaji RM3,800 sebulan

 

Sebuah perkongsian daripada seorang individu yang sedang mencari pembantu rumah di media sosial telah berjaya mencuri perhatian warga maya apabila rata-ratanya ‘terpegun’ dengan gaji yang ditawarkan individu itu.

Dalam hantaran tersebut, wanita tersebut menawarkan pekerjaan pembantu rumah untuk menjaga dua orang anaknya yang berusia 10 tahun dan 6 tahun, selain perlu boleh memasak dan juga mengemas rumah.

Wanita itu juga memaklumkan mengenai gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,800 sebulan dengan sehari cuti dalam seminggu.

Perkongsian itu nampaknya telah membuatkan mereka-mereka yang bergaji rendah namun mempunyai kelulusan Universiti sedikit tertanya-tanya mengenai tahap gaji minimum yang ditawarkan oleh majikan mereka.

Komen Twitter

Jadi maid pun RM3.8k, korang yang ada degree tu masih RM2.5k ke? Lemah!! – netizen

Namun ada juga yang memberi pendapat bahawa pekerjaan menjadi pembantu rumah bukanlah kerja yang mudah selain masa yang tidak menentu menjadikan tawaran gaji itu adalah sesuatu yang munasabah untuk ditawarkan setinggi itu.