Wanita gigit kepala tikus demi balas dendam

Wanita gigit kepala tikus demi balas dendam

Satu insiden aneh berlaku di China apabila seorang pelajar universiti nekad menggigit kepala tikus untuk membalas dendam.

Menerusi laporan Asiaone, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tikus itu menggigit jarinya.

Kejadian tersebut menjadi tular di China apabila wanita tersebut memuat naik sebuah video di mana menunjukkan kesan gigitan tikus pada jarinya sebelum dia menggigit kepala tikus yang dipegang sehingga meninggalkan dua kesan gigi.

Susulan kejadian itu, wanita tersebut mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana dia mengalami kecederaan di bibir akibat tertusuk gigi ke dalam tikus itu.

Rakan sebiliknya turut berkongsi kisah bahawa wanita itu menyesali akan perbuatannya malah malu untuk menunjukkan mukanya semasa rawatan.

Doktor yang merawat juga berkata ini adalah pertama kali dia melihat kes seperti ini.

Walau bagaimanapun, wanita itu telah diberi suntikan tetanus dan rabies manakala tikus itu ditemui mati akibat sesak nafas daripada cengkaman ketat wanita itu.

Sekadar info, gigitan tikus boleh berbahaya jika ia berkembang menjadi jangkitan kuman, dipanggil Demam Gigitan Tikus (RBF).

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, RBF boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian tanpa diagnosis awal dan rawatan yang sesuai.