“Tak patut buat video macam tu…” – Wanita dikecam guna anak lelaki buat konten ‘POV suami’ di TikTok

“Tak patut buat video macam tu…” – Wanita dikecam guna anak lelaki buat konten ‘POV suami’ di TikTok

 

Pelbagai isu kini timbul melibatkan beberapa konten atau kandungan yang dimuat naik ke dalam media sosial terutamanya TikTok.

Ada yang menganggap konten yang dibuat sebagai satu tarikan atau hanya gurauan semata, namun tanpa mereka menyedari terdapat beberapa unsur sensitif yang perlu dielakkan.

Ketika ini pula tular mengenai satu video yang dirakam oleh seorang wanita dan anak lelakinya mengundang kurang senang netizen.

@dyaromantikalife

KADANG KITA DAH ALL OUT. Tapi jantina satu lagi tu sejenis haiwan dari planet mana ya.. Ke kita yang haiwan, sebab dorang tak paham bahasa kita! Hurmmmm.. oink oink bethollah.. ( dibaca selema ) 🤣 #suamiistri #fyp #thesultanahofficial

♬ original sound – DYA ROMANTIKA LIFE – DYA ROMANTIKA LIFE

@dyaromantikalife

HAMIKLAH HAMIK..! Orang perempuan buat kerja 365 hari takde plak kena puji, time dia semua nak update & minta pujian leteww.. Layankan jelaa, asal dia seronok bantu buat kerja, ringan sikit kerja kita. 🥰 #dramatiktok #rogayahpolident #kitchenhubcabinet

♬ Bocil Tang Ting Tung – Rian DTM

Katanya, video yang memaparkan sudut pandangan (POV) seorang suami itu tidak bersesuaian apabila wanita berkenaan menjadikan anak lelakinya sebagai POV seorang suami.

Bukan hanya satu video, malahan beberapa video dimuat naik ke TikTok milik wanita berkenaan.

Difahamkan juga, wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal.

Susulan itu, netizen mula memetik nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Nancy Shukri dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.