Wanita dicerai ketika hamil enam bulan, suami & makwe ‘bersatu hati’ nafi ada skandal

Wanita dicerai ketika hamil enam bulan, suami & makwe ‘bersatu hati’ nafi ada skandal

 

Hati wanita mana yang tidak hancur apabila suami yang diharapkan dapat menjadi ketua keluarga pergi meninggalkan pasangan ketika sang isteri sarat mengandung anak mereka.

Lebih menyedihkan apabila lelaki tersebut sedang hanyut bersama skandal baru sedangkan isteri bersusah payah menjaga anak yang masih kecil dalam keadaan hamil.

Suami  didakwa check-in hotel dengan skandal

Hal ini diluahkan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Eliya Syafira apabila memuat naik kecurangan suaminya bersama seorang perempuan lain sehingga  didakwa ke bilik hotel.

Eliya  turut menyertakan sekali beberapa  bukti kecurangan sang suami bersama perempuan tersebut. Tak hanya itu, skandal suaminya juga turut mengikutinya di media sosial.

Selepas perkongsian dari Eliya Syafira itu tular, lelaki yang dimaksudkan telah tampil mempertahankan dirinya apabila membuat ‘penjelasan’ berkenaan isu rumah tangganya.

Suami kata difitnah isteri, ‘gila meroyan’ punca viralkan aib rumah tangga

Menurut lelaki berkenaan, dia sudah menceraikan isterinya buat kali pertama kira-kira 3 bulan lalu dan sekali lagi melafazkan talak tiga pada 4 November 2021.

Dalam pada itu, dia menafikan dirinya berlaku curang dengan wanita lain kerana berkenalan dengan wanita tersebut selepas bercerai. Dia turut mendakwa isterinya membuat fitnah terhadap dirinya dan memaklumkan Eliya ‘gila meroyan’ kerana mereka sudahpun tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

 

Dah buat laporan polis

Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga telah membuat laporan polis berhubung ‘fitnah’ yang didakwa dilakukan isteri sehingga membuka aib rumah tangga.

Tak hanya itu, di juga memuat naik perbualan bersama selepas isu ini viral di Facebook.

Makwe tak ada niat nak rampas hak orang

Selain daripada lelaki tersebut, wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan berkenaan juga tampil membuat penjelasan di media sosial.

Wanita itu menafikan sekeras-keranya telah check-in bilik hotel bersama suami orang dan menganggap perkara tersebut adalah fitnah yang berat.

Walau bagaimanapun, dia mengaku mengenali suami Eliya namun hanya mengenali lelaki tersebut selepas pasangan berkenaan didakwa bercerai.

Di akhir penulisan ‘skandal’ lelaki itu, dia sama sekali tidak berniat mahu merampas hak orang dan sedar kesilapannya berkawan tanpa menyelidik status individu tersebut.

Jadi, dia memohon agar Eliya Syafira supaya memadam status berkenaan akaun media sosialnya kerana sudahpun membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri.

Tunjuk bukti, baru sahaja ditalak tiga

Bengang dengan kenyataan dari suaminya, wanita hamil tersebut sekali lagi memuat naik kenyataan dengan memaklumkan yang sebelum ini mereka bahagia sahaja dan baru kelmarin (4 November 2021) dia ditalak tiga oleh lelaki itu.

Dia juga menjelaskan hubungan perkahwinan mereka baru sebulan dua berantakan dan media sosialnya disekat oleh suami sehingga terpaksa menghubungi orang lain untuk memintanya membelikan susu anak.

Menurut portal OhMyMedia, muat naik pertama Eliya Syafira itu telah mendapat lebih daripada 3 ribu tanda suka dan 7 ribu perkongsian semula di Facebook kerana ramai yang geram dengan kecurangan yang dipercayai dilakukan oleh suaminya.

Lebih membuatkan netizen sakit hari adalah wanita tersebut dalam keadaan hamil 6 bulan namun telah diceraikan disamping perlu menjaga anak sulung yang baru berusia 11 bulan.