Wanita cabut baju, tudung mengaku sudah berkahwin & ada 7 ‘boyfriends’

Wanita cabut baju, tudung mengaku sudah berkahwin & ada 7 ‘boyfriends’

 

Aksi seorang pelawak wanita menanggalkan baju dan tudung di khalayak ramai benar-benar mengecewakan ramai pihak terutama melibatkan hal keagamaan.

Terbaru, tular lagi sebuah video di media sosial apabila wanita bernama Siti Amira Natasha Abdullah menceritakan mengenai latar belakangnya.

Menerusi video dua minit dua saat itu, dia membahaskan dirinya sebagai Amy membuat pendedahan mengejutkan ramai apabila mengatakan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai tujuh orang boyfriends (teman lelaki).

“Amy sudah berkahwin dan Amy ada tujuh boyfriends,”katanya ketika memperkenalkan diri mengenai statusnya itu.

Pada masa yang sama, Amy tidak segan silu mendedahkan dirinya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan ajaran agama.

“Semasa berumur lima ke enam tahun, Amy dah kena pakai tudung, tutup aurat, pakai stokin. Tapi, masa Amy berumur 20 tahun, Amy secara rasminya menanggalkan tudung. Saya tak pakai tudung dah.

“Masa tingkatan 1, 2 dan 3, Amy dihantar ke sebuah sekolah agama, sekolah tahfiz dan telah menghafal lima belas juzuk al-Quran.

“Habis sahaja tahfiz iaitu tingkatan 4 dan 5, Amy ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Habis SPM, masuk ke tingkatan 6 ambil jurusan perniagaan dan meneruskan pengajian di sebuah universiti di Pulau Pinang.”ujarnya.

Pada masa yang sama, Amy memberitahu dirinya masih bekerja separuh masa dan masih belajar secara sambilan dalam bidang perundangan, selain berjinak-jinak menjadi seorang pelawak.

 

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat dan ramai mencemuh video pengenalan daripada Amy dengan mengatakan ia tidak bermoral.