Wanita bangga rehat hari Jumaat 3 jam siap sempat pergi karaoke, mengaku guna kabel untuk dapat kerja kerajaan

Wanita bangga rehat hari Jumaat 3 jam siap sempat pergi karaoke, mengaku guna kabel untuk dapat kerja kerajaan

 

Seperti menjadi kelaziman, apa-apa perkara yang dilakukan kini perlu dipaparkan di media sosial. Segala aktiviti dan pergerakan seolah sudah tidak menjadi rahsia, sebaliknya menjadi tatapan umum.

Ada sesetengah individu hanya memikirkan perkongsiannya sekadar konten yang santai, tetapi tidak memikirkan kesan disebalik hantaran mereka. Lebih-lebih lagi menyentuh isu pekerjaan.

Seorang wanita yang dipercayai penjawat awam (kontrak – MyStep), dikecam gara-gara berkongsikan video ‘aktiviti’ mereka di luar pejabat.

bangga kerja kerajaan

Video tersebut tular di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, sejak petang semalam.

Habiskan masa 3 jam berkaraoke

Dalam video itu, wanita ini menyatakan dia keluar ke sebuah pusat membeli belah yang berdekatan dengan pejabatnya pada hari Jumaat dan menghabiskan masa selama tiga jam untuk berkaraoke bersama rakan sekerja, pada waktu rehat.

Di ruangan komen, ramai yang ‘teruja’ dengan perkongsian tersebut dan bertanyakan syarikat tempat wanita ini bekerja. Tanpa berselindung, dia membalas komen itu dengan mengatakan bahawa dia adalah penjawat awam.

bangga kerja kerajaan

Dalam pada itu juga, wanita ini mendedahkan dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ (orang dalam).

bangga kerja kerajaan

Sementara itu, mengulas hantaran yang tular ini, netizen mengecam tindakan wanita ini dan menyifatkan wanita berkenaan penjawat awam yang tidak mempunyai integriti.

Difahamkan, kes tersebut telah diketahui oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan berkenaan. Namun, tidak diketahui apa tindakan selanjutnya.

Semakan di platform TikTok mendapati, video tersebut telah dipadamkan.