“Dah 20 bulan tak bayar” – Wanita simbah minyak petrol bakar motor, berang kenderaan mahu ditarik

“Dah 20 bulan tak bayar” – Wanita simbah minyak petrol bakar motor, berang kenderaan mahu ditarik

 

“Dah 20 bulan tak bayar” – Wanita simbah minyak petrol bakar motor, berang kenderaan mahu ditarik

Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita bakar motor jenis Honda RSX miliknya yang akan ditarik kerana ansuran bulanannya yang tidak dibayar selama 20 bulan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, individu yang ditugaskan untuk menarik motosikal tersebut telah merakam wanita berkenaan yang sedang menyimbah minyak petrol keatas kenderaan tersebut.

“Kami tarik motor ni dari JCL Credit Leasing Sdn Bhd. Pemilik simbah minyak. Motor ni tak bayar, dah 20 bulan,” kata individu yang merakam kejadian tersebut.

Tidak cukup menyimbah minyak petrol, pemiliknya juga telah membuang api ke atas kenderaan dua roda itu walaupun ditahan oleh lelaki yang turut berada di tempat kejadian.

Sebaik api menyentuh motosikal berkenaan, kenderaan dua roda itu terus dijilat api, malahan lelaki yang cuba menahannya juga terbakar sedikit di bahagian kaki susulan berdiri terlalu dekat dengan wanita berkenaan dan motosikal tersebut.

Sementara itu, kedengaran juga suara beberapa individu yang menjerit susulan terkejut dengan kejadian tersebut yang berlaku di hadapan beberapa rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan wanita tersebut yang seakan-akan tidak berfikir panjang.

Memetik laporan Berita Harian, wanita yang merupakan peniaga itu telah membakar motor berkenaan di Jalan Masjid, Pokok Assam di Taiping pada petang Khamis.

Kebakaran dari motor tersebut telah dipadam oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dan motosikal tersebut mengalami kebakaran lebih 80 peratus.

Difahamkan, pemilik motosikal itu kini telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut kerana khianat dengan api.