Walau nampak pelik & janggal, ‘Myvi Accident’ ini tetap dijadikan kereta pameran

Sekiranya kita menghadiri ke acara pameran kereta, sudah pasti para pengunjung mahu melihat kereta-kereta menarik dan cantik dipamerkan di hadapan khalayak ramai.
Bagaimanapun tular satu perkongsian gambar oleh Facebook Malaysian Modders di mana sebuah Perodua Myvi yang nampak seperti ‘rosak’ itu telah dijadikan kereta pameran dalam satu acara automotif di Sabah.
Pun begitu, masih ada juga yang menghargai ‘seni’ pada kereta Myvi tersebut dengan berpendapat bahawa setiap aktiviti sukan permotoran mempunyai warna-warninya yang tersendiri.




Ada juga yang memberikan pandangan sekiranya mahu pamerkan ruangan enjin Myvi tersebut, lebih baik pemiliknya ‘bersihkan’ terlebih dahulu supaya tidaklah nampak seperti kereta terbiar selepas terlibat kemalangan.