Wakil restoran Nasi Kandar nafi dakwaan penutupan kedai

Sekiranya anda merupakan warga Kuala Lumpur dan peminat nasi kandar pastinya anda cukup tahu dengan Restoran Kudu bin Abdul yang menawarkan nasi kandar hampir separuh abad di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.
Lauk Ayam sambal bawang dan daging kicap yang enak antara yang menjadi tarikan di restoran ini sehinggakan orang ramai sanggup beratur panjang untuk menjamah di restoran ini.
Pengusaha restoran yang telah beroperasi sejak berdekad lamanya di Kuala Lumpur bimbang kerana perniagaan mereka kian merosot sepanjang pandemik #Covid_19. https://t.co/6nyjovqZkn pic.twitter.com/8nlJ63yjya
— TheMalaysianInsight (@msianinsight) June 9, 2021
Menerusi laporan daripada Malaysian Insight, berikutan tempoh pandemik yang panjang serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung, pemilik Nasi Kandar Kudu, Haja Nordin Bashid memaklumkan perniagaan mereka turut terkesan serta tidak tahu sehingga bila perniagaan mereka mampu bertahan.
Keluhan yang dibuat ternyata membuatkan para peminat nasi kandar restoran ini berasa sedih dengan kenyataan yang dibuat serta berharap restoran ikonik ini mampu bertahan untuk tempoh yang lebih panjang.
Aaaa noo ! Dah lah sedap and the pak cik is so baik 🥺 https://t.co/yFxFVgGzkV
— Najwa Razib 🕊 (@iamNajaaaa) June 11, 2021
Janganlah katup weh. Dah lama kot tak makan kat Kudu. Last 2019 kot. 2020 pergi, kedai katup, lepas tu PKP. https://t.co/S8uCFHKPcu
— OortCloud Benci LOCKDOWN PALSU (@poqbong) June 11, 2021
Woi sabar jangan tutup dulu😩 https://t.co/mVeUZ9McqA
— Ary 🇲🇾🇵🇸 (@Theonlyaryanna) June 11, 2021
Hari hari beratur panjang even lockdown pun taktau berapa lama boleh tahan. Yang terpaksa tutup perniagaan sebab bukan essential tu macam mana pulak? https://t.co/7OVVw8Ge2c
— Your Crush (@YobJelebor) June 11, 2021
Untuk pengetahuan, restoran ini mulai dibuka pada tahun 1969 dan menggunakan resipi original dari Pulau Pinang. Restoran ini turut menjadi pilihan pengunjung dalam dan luar negara. Selain itu, Allahyarham P Ramlee antara yang suka menjamah di restoran ini.
Kemas kini: Menerusi mesej terbaru yang kami terima, wakil pemilik Restoran Nasi Kandar Kudu mengesahkan pihak mereka tidak berniat untuk menutup kedai mereka dan laporan yang dikeluarkan Malaysian Insight adalah tidak tepat. Sepanjang PKP berlangsung, Restoran Nasi Kandar Kudu sedia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 7 petang.
Sumber:Â TV