Old money: “Kita tak payah cakap gaya dah tahu” – Wak Doyok
Old money: “Kita tak payah cakap gaya dah tahu” – Wak Doyok.
Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok sering mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa foto dirinya menggayakan pelbagai jenis fesyen sehinggakan menjadi ikutan ramai.
Terbaharu, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi momen sepanjang dirinya bercuti di Eropah.
Dapat dilihat, Wak begitu bergaya mengenakan beberapa pasang suit sepanjang berada di sana dan menunjukkan seolah berada di ‘level’ yang tersendiri.
‘The gentleman style’, naik pengangkutan awam saja (sepanjang di sana).
@wakdoyok8055 The gentleman style 🫶🏻 naik public transport aje. #oldmoney #gentleman #suit #style #fyp #foryoupage #foryou #europa🇪🇺
Perkongsian yang dibuat itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji gaya pemakaian yang digayakan Wak Doyok.
Sejak kebelakangan ini, gaya ‘Old money’ dilihat menjadi trend sehingga ramai yang mula mencuba menggayakan fesyen tersebut di media sosial.