Wajah comel Fatima!

Wajah comel Fatima!

Selepas dua bulan menyambut kelahiran bayi sulung, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura buat kali pertama berkongsi wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya kepada peminat.

Foto keluarga itu dikongsi pasangan berkenaan dalam akaun Instagram (IG) rasmi mereka, tepat pada jam 12 tengah malam tadi.

Pada foto itu, Fatima yang didukung Fazura, tampak comel dalam persalinan gaun berenda dan bertopi.

Melalui entri itu, Fattah dan Fazura mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2021 kepada peminat dan pengikut mereka.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.

Pada 2 Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.

Ketika itu, Fattah dan Fazura tidak mendedahkan wajah penuh bayinya comel dan berkulit cerah itu.

 

Sebaliknya, mereka memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan wajah anak hingga tiba waktu sesuai.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/01/770852/wajah-comel-fatima-viral