Wad hospital kerajaan dipenuhi tikus undang kritikan netizen

Wad hospital kerajaan dipenuhi tikus undang kritikan netizen

 

Semalam tular di media sosial Twitter apabila seorang wanita berkongsikan mengenai keadaan di sebuah hospital kerajaan yang tidak dipastikan lokasinya dipenuhi tikus liar di wad.

Video TikTok yang dimuatnaik semula ke Twitter itu difahamkan terjadi kepada kakak wanita itu di mana anaknya telah ditahan di hospital tersebut kerana COVID-19.

Namun, apa yang menyedihkan apabila terdapat tikus-tikus berkeliaran di dalam wad sehingga menimbulkan ketakutan kepada pesakit sehinggakan ada yang menjerit-jerit kerana traum.

Pesakit sampai menjerit-jerit sebab takut tikus siap panjat-panjat lagi. Report dekat nurse untuk bagitau management mengenai hal itu tapi tiada tindakan juga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihatkan keadaan itu dan berharap pihak pengurusan hospital berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani masalah tersebut.

Hospital kerajaan tak perlu pun siap ada aircond dan mewah. Cukuplah tempat yang bersih dan selesa. Yang penting kebersihan nombor satu.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat sepatutnya bersyukur kerana masih ada tempat untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dan tidak perlu ‘mengada-ngada’ serta berharap akan layanan kelas pertama kerana hospital kerajaan menawarkan perubatan percuma denga harga yang rendah.

“Nama pun hospital kerajaan. Apa yang kau bajet nak macam hospital swasta ke? Bayar pun murah berbaloi lah. Janji budak tu sihat sudah.” komen seorang warga maya.