Viral foto ikan Koi dimasak gulai, ramai ‘menangis’ tengok resepi ini

Viral foto ikan Koi dimasak gulai, ramai ‘menangis’ tengok resepi ini

Ikan hiasan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri.

Salah satu jenis ikan hiasan yang digemari adalah ikan koi yang diketahui mempunyai keunikan tersendiri seperti gaya dan bentuknya.

Ramai orang yang sanggup membelanjakan ratusan dan ribuan ringgit untuk membeli ikan tersebut.

Pun begitu, berbeza pula dengan ikan koi yang tular di Indonesia.

Menurut liputan6, seorang pengguna Twitter di negara itu memuatnaik dua keping gambar yang menyaksikan ikan koi dimasak.

Ciapannya itu menarik perhatian netizen di sana dan membuatkan pencinta ikan koi ‘menangis’.

Ikan koi tersebut digulai dan kelihatan agak menyelerakan.

Pun begitu, sebab ikan itu dimasak tidak dijelaskan dengan terperinci sehingga ada netizen yang mendakwa bahawa ikan koi itu dihanyutkan oleh air banjir dan dijumpai oleh orang lain dan kemudian dimakan.

Ada juga yang mengesyaki bahawa ikan-ikan itu sudah mati terlebih dahulu dan disebabkan itu ia dimasak.

Beberapa netizen juga meragui gambar-gambar itu dan merasakan bahawa ianya adalah hasil suntingan.

Ia juga telah menjadi tular di Malaysia sejak beberapa hari lalu. – SK, liputan6Suara.com