[Video] Wanita rentung, van terbakar selepas berlanggar SUV

[Video] Wanita rentung, van terbakar selepas berlanggar SUV

 

 

Seorang wanita rentung apabila van dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya di sini pada Selasa.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jam 5.55 petang melibatkan nahas sebuah van dengan SUV jenis Nissan X-trail.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, sebaik tiba di lokasi didapati, sebuah van dalam keadaan terbakar 90 peratus.

“Terdapat seorang wanita tersepit di bahagian pemandu van.

“Operasi pemadaman dilakukan sebelum mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia manakala pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi tamat pada jam 7.12 malam,” katanya.

Video kejadian itu yang berdurasi 45 saat tular di media sosial menunjukkan keadaan van yang terbakar disertai beberapa bunyi letupan.

 

 

Sumber: Sinar Harian