[Video] Virus datang dari udara, ibu positif Covid-19 cemas risaukan anak

[Video] Virus datang dari udara, ibu positif Covid-19 cemas risaukan anak

Walaupun negara sudah hampir sebulan ‘lockdown’, tetapi jumlah jangkitan baru Covid-19 setiap hari masih belum turun.

Malah sebagai ibu bapa, kita pastinya risau jika ia boleh berjangkit kepada anak terutamanya yang masih kecil lagi.

Mana tidaknya, sudah ramai yang sekelip mata jadi anak yatim disebabkan pandemik ini.

Menerusi posting di TikTok, individu yang dikenali sebagai Nyna ini meluahkan rasa kecewa apabila baru saja mendapati dirinya positif Covid-19.

Dengan nada sedih, wanita ini buntu bagaimana boleh berjangkit sedangkan langsung tidak keluar rumah.

Malah sebagai ibu, dia akui risau sekiranya anak kecilnya turut menghidap wabak terbabit.

@nynabukater

Nyna memohon serendah2 hati nyna.. tlnglah doakan .. Ya Allah

♬ original sound – Nyna Bukater – Nyna Bukater

Menerusi perkembangan terbaru, Nyna dedah telah menghidap pelbagai simptom yang berkait dengan Covid-19.

Menurut petugas perubatan yang memeriksanya, besar kemungkinan virus itu tersebar melalui udara dan kadar ia dijangkiti oleh pengidap asma sepertinya sangat tinggi.

Meskipun dia bakal dikuarantin, namun wanita ini tetap bersyukur kerana suami dan anaknya disahkan negatif Covid-19.

@nynabukater

Reply to @noorazerinalia Suara brgetar bukan nangis tp sebab sya tahan batuk.. Semua doa sya harap diangkat Allah.. Terima kasih semua

♬ original sound – Nyna Bukater – Nyna Bukater

Justeru itu, rata-rata netizen berharap Nyna sekeluarga cepat sembuh.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi bagaimana keluarga masing-masing dijangkiti Covid-19 dengan cara yang tak disangka-sangka juga seperti wanita tersebut.

Sumber: Viral News Updates