[Video] Ustaz Abdul Somad ajar doa mudah ini, boleh baca selepas solat

[Video] Ustaz Abdul Somad ajar doa mudah ini, boleh baca selepas solat

Bagi umat Islam, biasanya kita akan membaca doa selepas solat, baik solat secara berseorangan atau berjemaah. Selepas solat berjemaah, biasanya imam akan melantunkan doa yang kemudiannya diaminkan oleh para jemaah.

Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, membaca doa selepas solat, terutamanya selepas solat fardhu adalah amalan yang digalakkan. Berdoa merupakan salah satu ibadah yang digalakkan bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada penciptanya.

Tapi mungkin ada di antara kita yang kurang pasti doa-doa apakah yang sesuai atau perlu dibaca selepas solat.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @itsyomfboi ini mungkin boleh dijadikan rujukan. Video ini mendapat 533.5 ribu tontonan dan 42.8 ribu sukaan setakat ini.

Dalam video tersebut, Ustaz Abdul Somad (UAS), seorang pendakwah terkenal di negara seberang, Indonesia berkongsi sepuluh doa pendek yang sering dibaca ketika memimpin doa beserta maksudnya.

@itsyomfboi

如343543 #fyp #esekeli #freepalestine

♬ original sound – Zai – Zai

Sumber: Siakap Keli, TikTok @itsyomfboiMufti WP