Video tular: Ustaz Husam boleh disaman fitnah?

Video tular: Ustaz Husam boleh disaman fitnah?

 

APA MOTIF USTAZ HUSAM? USTAD HUSAM BOLEH DISAMAN FITNAH!

BASIC 101: JANGAN BUAT PERKARA YANG BOLEH MENMBULKAN FITNAH!

Viral, klip video gelagat seorang individu di kelab malam bermain drum angin, diapit dua wanita seksi, melayan lagu ACDC -Back in Black. Favorite song saya.

Pada asalnya, saya tidak dapat mengenalpasti siapa lelaki tersebut selain daripada gosip bahawa beliau merupakan seorang agamawan yang terkenal di Malaysia.

Yang lucunya, ustad Husam membela individu tersebut dengan cubaan membuat penjelasan bahawa:

  1. Itu adalah Dr Afifi. (Tepuk dahi ustad ni);
  2. Beliau mengedarkan risalah-risal dakwah (waktu tengah tengah layan lagu ACDC);
  3. Turut bersama adalah isteri beliau (yang mana satu?);
  4. Gambar dikerat dalam posisi tertentu menyebabkan ramai memfitnah beliau (ada video 3 minit bang);
  5. Gambar tersebut diviralkan ( sah-sah la);
  6. Jangan jadikan fitnah dan godaan syaitan sebagai rakan rapat kita (pulakkk. Yang mana fitnah?);
  7. Selidik dahulu sebelum memviralkan (ooo dia sebar risalah dakwah).

Pertama, saya tak tahu samada ini adalah damage control atau sebaliknya. Kalau damage control, saya rasa lagi jahanam lagi la.

1.Ustad Husam telah membongkar identiti individu tersebut secara langsung kepada umum.

Saya berpegang kepada identiti tersebut masih belum disahkan memandangkan kita tidak boleh berpegang kepada kenyataan Ustad Husam tanpa pengesahan daripada individu tersebut.

Kalau salah, Dr Afifi boleh mengambil tindakan saman fitnah terhadap Ustad Husam!

2.Sekiranya benar itu adalah individu tersebut, sebagai seorang ustad yang arif dalam ilmu agama, ustad tersebut seharusnya mengelakkan dirinya daripada berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.

Berada dalam kelab malam, diapit dengan dua gadis seksi sambil ashik melayan lagu, sudah pasti akan menimbulkan fitnah.

3.Sedang mengedarkan risalah agama. Saya cadangkan dalam keadaan begini cuba elak daripada memberi alasan yang seakan-akan menunggang agama.

Beban adalah keatas individu tersebut membuktikan bahawa

  1. wujudnya risalah tersebut;
  2. ada rakaman video bahawa aktiviti dakwah sedang dilakukan:
  3. saksi bersama ustad tersebut wajib mengesahkan keadaan tersebut kepada orang ramai dan bukan ustad Husam yang tiada di tempat kejadian.

Sebar risalah takpa, kalau sampai masuk kelab sambil dikepit oleh dua awek dan main ketuk angin tu pekebendanya ustad?

Ustad Husam adalah salah dengan hanya sekadar menasihati netizen untuk jangan menyebarkan fitnah sebaliknya juga menasihati individu tersebut untuk tampil memberi pencerahan kepada orang ramai akan situasi sebenar yang berlaku untuk elak fitnah tersebut terus tersebar.

Netizen tak salah!

Mungkin ustad tengok gambar je kot, tak tengok full video aksi individu tersebut dalam kelab.

Disclaimer: Ustad Husam mungkin sedang mengulas tentang kes yang lain dan bukan tentang kes individu yang sedang viral di sosial media sekarang. Sekiranya benar, komen saya di atas tidak terpakai sama sekali.

Mahmud Jumaat