[Video] Tindakan Ustazah kongsi doa kuatkan alat kelamin lelaki di majlis khas untuk wanita cetus perdebatan

[Video] Tindakan Ustazah kongsi doa kuatkan alat kelamin lelaki di majlis khas untuk wanita cetus perdebatan

 

Sejak semalam (17 Januari), tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang ustazah berkongsi doa untuk lelaki menguatkan alat kelamin mereka di hadapan para wanita di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pelakon dan usahawan, Neelofa.

Difahamkan, majlis tersebut dianjurkan buat wanita sahaja bagi membincangkan masalah kewanitaan dan membantu para golongan hawa menjana pendapatan lebih.

Menerusi perkongsian video di akaun X @The_Mamu, personaliti dakwah yang dikenali sebagai Ustazah Norhafizah Musa itu mengajarkan kepada para wanita yang hadir ke majlis tersebut dua doa agar alat kelamin suami kuat dan tahan lama dipercayai demi kebahagian rumah tangga.

 

Kata Ustazah Norhafizah, doa itu diberikan kepada para tetamu wanita yang hadir untuk direkod dan diajar kepada suami masing-masing nanti.

“Rekod jelah, tapi nanti nak ajar suami ye,” katanya.

Berikut dua doa yang diajarkan oleh Ustazah Norhafizah:

اللَّهُمَّ قَوِّ لِي ذَكَرِي ، فَإِنَّ فِيهِ صَلاحًا لأَهْلِي

“Ya Allah, kuatkan zakarku karena sesungguhnya hal itu memberikan manfaat atau kebaikan buat isteriku.”

اَللَّهُمَّ قَوِّ ذَكَرِي فَإِنَّهُ مَنْفَعَةٌ لِأَهْلِي

“Ya Allah, kuatkan zakarku karena sesungguhnya hal itu bermanfaat buat isteriku.”

Difahamkan, doa tersebut diambil di dalam kitab Raudhatu al Muhibbin, Karya Ibnu Qayyim al Jauziah.

Jelasnya, kedua-dua doa tersebut dibaca untuk mendapatkan kebaikan buat keluarga, keturunan dan kebahagian untuk isteri.

Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian ramai pengguna X di mana rata-rata mempersoal tindakan Ustazah Norhafizah berkongsi doa terbabit di hadapan ramai wanita. Malah ada juga yang mengecam tindakan pendakwah itu.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang menyokong dan menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Ustazah Norhafizah bukanlah sesuatu yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkongsian video yang dimuat naik di akaun X terbabit diambil daripada laman TikTok akaun @ajipmrby.