[Video] Tindakan dua penunggang motosikal tolong ‘kutip’ paku dipuji
![[Video] Tindakan dua penunggang motosikal tolong ‘kutip’ paku dipuji [Video] Tindakan dua penunggang motosikal tolong ‘kutip’ paku dipuji](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2021/05/vocket-penunggang-motosikal-tolong-kutip-paku-header-e1621574256621.jpg)
Kadang-kadang ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba ‘mencari rezeki’ melalui kesusahan orang lain dengan membuat sabotaj supaya mangsa mencari mereka untuk mendapatkan ‘pertolongan’.
Terbaharu tular satu rakaman dashcam menunjukkan seorang penunggang motosikal turun daripada kenderaannya untuk mengutip objek dipercayai paku yang ditabur oleh pihak tidak bertanggungjawab.
— penanam anggur (@anthraxxxx) May 20, 2021
Selepas beberapa saat penunggang motosikal tersebut mengutip paku, datang seorang ‘abang Grab’ turut serta membantunya. Menerusi video tersebut, kita dapat lihat sejumlah besar paku telah ditabur pada laluan tersebut memenuhi bahagian kiri jalan tersebut.
Ramai pengguna media sosial memuji tindakan mereka berdua kerana telah membantu kenderaan orang lain daripada terkena paku.
Walaupun pertolongan mereka nampak kecil, tetapi ia sangat besar maknanya buat pengguna-penguna jalan raya yang lain. Mungkin lebih ramai pengguna jalan raya menghadapi masalah ‘tayar pancit’ jika tiada siapa yang prihatin dengan kehadiran paku di jalan tersebut. – TV