[Video] Tersekat di lampu isyarat, pemandu berkali-kali ‘sondol’ dua kereta cuba lari dari polis

[Video] Tersekat di lampu isyarat, pemandu berkali-kali ‘sondol’ dua kereta cuba lari dari polis

Hari ini, tular rakaman video di laman sosial Twitter memaparkan sebuah kereta jenama Waja merempuh kenderaan lain di hadapan dan belakangnya dalam percubaan meloloskan diri dari ditahan pihak polis.

Video berdurasi kurang dua minit itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama @anthraxxxx dan telah meraih sebanyak 10 ribu tontonan.

Memetik makluman awal yang dikongsi oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kereta terbabit enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan itu cuba untuk melarikan diri dengan cara merempuh tiga kenderaan lain yang berada berhampiran. Justeru itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya memecut kenderaannya.

Difahamkan lagi, kejadian berkenaan berlaku di atas ‘flyover’ dari Tol Sungai Buloh/Sieramas menghala ke Sri Damansara/Kepong.

Rosakkan kenderaan dan bahayakan nyawa orang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kemarahan dan mengecam perbuatan pemandu kereta Waja terbabit yang disifatkan tidak wajar.

Rempuh lori memang barai kereta

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat. – Berita Harian , OMM, FB Info Roadblock JPJ/Polis

https://www.facebook.com/223545897823128/posts/1829684497209252/?sfnsn=mo