[Video] ‘Suka sangat potong Q, tu makan dia’ – Ramai yang ‘request roadblock’ setelah tonton rakaman ini

[Video] ‘Suka sangat potong Q, tu makan dia’ – Ramai yang ‘request roadblock’ setelah tonton rakaman ini

Sifat tidak sabar semasa menggunakan jalan raya seperti memotong barisan bukan saja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, bahkan tidak adil bagi pemandu kenderaan yang telah lama beratur menunggu giliran.

Baru-baru ini terdapat satu rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kereta Volkswagen Passat bertindak memotong barisan semasa cuba masuk ke satu selekoh simpang masuk ke lebuh raya LDP.

 

Walaupun dia berjaya memotong masuk barisan di hadapan kereta Honda Civic, namun nasib tidak menyebelahi pemandu Volkswagen Passat tersebut kerana terdapat satu sekatan jalan raya di hadapan dan polis bertugas telah meminta kereta tersebut untuk berhenti ke tepi.

Tindakan polis bertugas tersebut dipuji oleh netizen kerana mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak bertanggung jawab tersebut. Bahkan ada sebahagian netizen meminta agar roadblock seperti ini diadakan lebih kerap seperti kesalahan trafik yang lain. – TV