[Video] Shuib sebak terima khabar hampir 300 orang solat jenazah ghaib untuk Siti Sarah dalam Masjidil Haram
![[Video] Shuib sebak terima khabar hampir 300 orang solat jenazah ghaib untuk Siti Sarah dalam Masjidil Haram [Video] Shuib sebak terima khabar hampir 300 orang solat jenazah ghaib untuk Siti Sarah dalam Masjidil Haram](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2021/08/inCollage_20210810_132001756-e1628572858886.jpg)
Umum mengetahui tentang pemerg1an penyanyi terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin kelmarin pada 5.13 pagi bersamaan hari isnin.
Seluruh negara manangisi pemergian beliau yang disifatkan sebagai mati syahid kerana meninggal disebabkan melahirkan bayi lelaki mereka dan juga meninggal disebabkan wabak Cov1d19 yang melanda dunia saat ini.
Rata-rata tertanya apakah amalan beliau sehingga kematiannya begitu dimuliakan Allah swt? Wallahuallam, hanya Allah yang mengetahui. Namun kita sebagai manusia yang masih bernyawa sepatutnya mengambil ikhtibar dari kisah-kisah yang meruntun hati ini.
Menurut perkongsian video pendek di laman Tiktok milik Hass Hassanah, arwah Siti Sarah sebenarnya turut disolatkan secara ghaib oleh hampir 300 jemaah di Mekah!.
Subhanallah! Shuib yang merupakan suami kepada arwah menggeleng-gelengkan kepala, sambil mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana penghargaan yang cukup besar buat arwah isterinya itu.
Netizen turut menzahirkan ucapan yang baik-baik buat arwah. Masing-masing menginsafi diri lantaran satu demi satu kebaikan arwah yang Allah swt perlihatkan pada seisi negara yang menangisi kehilangannya.
Komen Netizen:
Setiap kali membuka media sosial pastinya kita merasa sebak melihat posting yang dibuat warganet berkenaan pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin.
Paling menyentuh hati sudah tentu luahan rindu sang suami, Shuib Sepahtu dan anak-anak yang masih kecil. Namun, Shuib memaklumkan yang dia redha dengan apa yang berlaku dan berasa sebak apabila ramai yang mendoakan isterinya.
Dapat kiriman video solat jenazah ghaib
Perkongsian pelawak dan usahawan tersebut di media sosialnya hari ini telah mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa syukur yang tak terhingga kerana ada yang sudi melakukan solat jenazah secara ghaib di Masjidil Haram untuk isterinya.
Jelas suasana Masjidil Haram
Jelas Shuib, dia telah mendapat satu kiriman video solat jenazah untuk allahyarham isterinya yang diadalah di dalam Masjidil Haram.
Dia juga memaklumkan yang bertapa Allah S.W.T begitu menyayangi Siti Sarah dan mendoakan agar bidadarinya itu bergembira di syurga.
Hebat insan bernama Siti Sarah
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan begitu mengagungkan kebesaran Allah S.W.T apabila darjat seorang isteri yang diredhai suaminya terus disebut-sebut walaupun sudah meninggal dunia.
Mereka juga turut mendoakan agar allahyarham Siti Sarah diletakkan di syurga bersama-sama orang-orang yang beriman.
Pemergian yang sangat dicemburui
Allah beri layanan yang sangat lumayan
Allahuakbar! Cemburunya kami
Sumber: Keramat Viral , ohmymedia & Instagram Shuib Sepahtu