[Video] Seret campak masuk kolam renang, lelaki didakwa cuba lemaskan kekasih hamil
![[Video] Seret campak masuk kolam renang, lelaki didakwa cuba lemaskan kekasih hamil [Video] Seret campak masuk kolam renang, lelaki didakwa cuba lemaskan kekasih hamil](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Image-2024-02-17-at-3.04.24-PM-e1708153526499.jpeg)
Mendapat lebih 800,000 jumlah tontonan di aplikasi X, video berdurasi 1:44 minit menyaksikan pergelutan seorang lelaki dan wanita di sebuah kawasan kolam renang sejak semalam cukup menggusarkan ramai.
Difahamkan, kejadian mendebarkan itu berlaku di kondominium D’Latour Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling, Selangor.
Menurut kronologi asal, penduduk di sana tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan kuat seorang perempuan yang diheret masuk ke dalam kolam dengan cara kekerasan.
Saksi mendakwa, teman lelakinya dipercayai cuba menenggelamkan pasangannya berkali-kali selain turut melakukan kekasaran fizikal tanpa belas kasihan.
Adegan pergelutan itu berlangsung selama lebih kurang setengah jam sebelum pengawal keselamatan akhirnya tiba di sana untuk meleraikan mereka berdua.
Walaupun keselamatannya terancam, wanita hamil itu bagaimanapun enggan permasalahan terbabit dicampuri oleh mana-mana pihak dan meminta untuk tinggalkan mereka sendirian.
Hasil maklumat lanjut, perempuan berkenaan katanya mula dikasari kerana enggan menuruti suruhan lelaki itu untuk menggugurkan kandungannya.
Hingga saat ini, belum ada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis dan pengakhiran kemelut itu masih belum diketahui.
“Setelah beritahu tentang kehamilannya & enggan gugurkan kandungan, dia terus ‘dibantai’ oleh lelaki tersebut”
Katanya kat Malaysia.
Dia nak lemaskan gf dia sebab pregnant.
Gila betoi. Tak kira attempted murder ke ni? pic.twitter.com/hwie3Y9I7j
— Dibs (@adibhazlami) February 16, 2024