[Video] Sanggup redah tembok PKPD, lelaki gabra angkat basikal bila ternampak ‘drone’ pihak berkuasa

[Video] Sanggup redah tembok PKPD, lelaki gabra angkat basikal bila ternampak ‘drone’ pihak berkuasa

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan PKPD di beberapa kawasan termasuklah di Mukim Parit Buntar.

Kawalan pergerakan di kawasan tersebut mula berkuatkuasa dari 28 Mei sehingga 10 Jun 2021.

Akan tetapi, masih ada yang tetap hendak meredah penghadang yang telah dibuat oleh pihak berkuasa.

Berusaha mengangkat basikal merentasi penghadang jalan

Sukar dipercayai namun begitulah ‘kegigihan’ ditunjukkan oleh seorang lelaki menerusi rakaman di bawah ini.

Menurut penjelasan si empunya video, katanya individu terbabit sudah melepasi salah 1 tembok plastik itu demi aktiviti mengayuhnya.

Namun siapa sangka, tembelangnya seakan-akan ‘kantoi’ tidak lama kemudian.

Sedar dirinya dirakam, angkat basikal dan terus berpusing balik

Sebaik sahaja menyedari dirinya sedang dirakam drone, lelaki tersebut kelihatan agak gabra.

Malahan setelah memandang ke atas, dia segera mengangkat basikal bagi tujuan berpusing balik ke jalan yang sepatutnya.

Namun lucu sekali apabila pihak berkuasa yang mengendalikan kamera berkenaan terus mengejar kayuhan si pelaku dari belakang. – VNU

@syamiliskandar8

♬ Build a B*tch – Bella Poarch