[Video] “Salah ke saya pergi doakan anak dia?” – Ustaz Azhar Idrus mula bersuara
SELEPAS kehadiran di majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pertikaian netizen, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kedatangannya adalah bagi memenuhi undangan daripada sahabat baik iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Menurut Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, dia tidak melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri, sebaliknya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sehari sebelum majlis itu diadakan.
mentua jiran Datuk K
Tambah UAI, dia menetap di kediaman mentuanya yang terletak berhampiran dengan rumah penyanyi kesayangan ramai itu.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter @_rezarazali_, UAI berkata dia menghadiri majlis tersebut selepas selesai mengerjakan solat tarawih pada Isnin lalu.
“Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu.
Selain UAI, Siti dan suami turut mengundang Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.
“Sebelum ini dah tiga kali dia ajak saya datang rumah dia… sebab masa saya sakit hari itu dia datang melawat saya selama dua jam.
“Jadi, kali ini saya balas balik (jemputan). Salahkah saya pergi ke majlis yang kawan jemput untuk doakan anak dia?” katanya.
Nama UAI menjadi perhatian netizen selepas dia didakwa merentas negeri memandangkan ramai sedia maklum ustaz tersebut menetap di Terengganu.
Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu.
“Rumah mentua saya dekat dengan rumah Datuk K, saya pergi pun selepas selesai solat tarawih dan tengok masih ada jemputan lain lagi (pada ketika itu).
“Bukan saya nak pergi sangat tapi sebab dah kawan menjemput,” ujarnya lagi.
Menerusi pemerhatian mStar juga, sehari sebelum majlis tahnik itu berlangsung, UIA terlibat dalam satu program Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.
Kuliah agama yang dihadiri UAI sehari sebelum majlis tahnik diadakan.
Menerusi laporan mStar pada Isnin, Siti melalui kenyataan medianya mengatakan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan kesemua jemputan pada majlis tersebut.
“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya.
Selain UAI, majlis tahnik anak lelaki Siti, Muhammad Afwa itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.
Ustaz Azhar Idrus tak rentas negeri untuk tahnik anak Siti Nurhaliza, kebetulan ada di Kuala Lumpur
Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan wujud pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pada majlis tahnik anak keduanya yang diakan pada 26 April lalu.
Siti berkata, dakwaan mengatakan seorang pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus merentas negeri bagi menghadiri majlis itu adalah tidak benar.
“Berhubung isu yang sedang tular ketika ini, saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selaku tuan rumah ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.
“Dakwaan ini ditimbulkan apabila kami mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.
“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB sseperti yang tertakluk pada tempoh itu.
“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh mengikut sunnah Rasulullah,” katanya.
Siti turut menjelaskan, kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah untuk majlis khas seperti didakwa.
“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.
“Penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu,” katanya.
Dalam masa sama, Siti memohon maaf jika majlis diadakan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.
“Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya. – HM, trdg sgt