[Video] Ruhainies dan Aliff Aziz berpakaian serba putih di KLIA cetus persoalan

[Video] Ruhainies dan Aliff Aziz berpakaian serba putih di KLIA cetus persoalan

 

Perkongsian di Instagram Story milik pelakon sensasi Ruhainies mencuri perhatian apabila dia memuat naik video pendek bersama aktor Aliff Aziz di lapangan terbang.

Menerusi video yang dikongsikan, Ruhainies dilihat mengenakan jubah serba putih dan lengkap bertudung manakala Aliff turut mengenakan baju berona sama.

Dalam video tersebut, Aliff sedang mengetuai bacaan doa sambil Ruhainies dan beberapa individu lain sedang menadah tangan aminkan doa yang dibacakan.

Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah dua selebriti itu berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Umrah.

Pun begitu, boleh berlaku sebaliknya sekiranya mereka pergi ke Makkah bagi tujuan penggambaran memandangkan Aliff dan Ruhainies ketika ini sedang digandingkan dalam sebuah drama.