Polis kini sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Sementara itu, netizen di media sosial mengambil kesempatan untuk menyunting gambar suspek kerana bimbang suspek tidak begitu dikenali sekiranya mimik muka suspek berubah. Tidak kurang juga ada yang terlebih rajin menyunting gambarnya menggunakan aplikasi Avatarify. – Kosmo