[Video] Remaja sengaja buat aksi ‘wheelie’, biar lelaki tua jatuh ke belakang

[Video] Remaja sengaja buat aksi ‘wheelie’, biar lelaki tua jatuh ke belakang

Bukan ingin menyalahkan golongan muda ketika ini, namun menerusi banyak contoh yang pernah terjadi, moral dan jugak akhlak mereka dilihat sangat rendah lebih-lebih lagi berkaitan rasa hormat.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai m1nnnt, telah memuat naik satu video seorang remaja dengan sengaja menganiya seorang lelaki tua ketika dia sedang membonceng motor.

Seronok ke permainkan orang tua?

Rakaman berdurasi 20 saat itu dirakam dengan gelak ketawa oleh sekumpulan remaja lain dipercayai rakan remaja yang menunggang motosikal tersebut.

 

 

Siap bangga tu buat orang jatuh

Apa yang dapat dilihat, pada awalnya remaja yang tidak berbaju itu seakan mempelawa lelaki tua terbabit menaiki motosikal bersamanya.

Namun ketika dia sedang memanjat untuk duduk, dengan sengaja remaja berkenaan membuat aksi wheelie sehingga lelaki yang sudah berumur tersebut jatuh ke belakang.

Kurang ajar sungguh!

Tindakan biadap yang dilakukan oleh remaja tersebut telah mendapat kecaman daripada warganet. Rata-rata merasakan apa yang dilakukan adalah satu tindakan kurang bermoral.

Mereka juga berasa kasihan melihat lelaki tua itu jatuh terhentak kebelakang dan tidak pasti sama ada dia mendapat kecederaan ataupun tidak.

Cuba buat dekat bapak sendiri

Kesian weyy pakcik tu

Yang rakam pun takde akhlak

Walau bagaimanapun, waktu yang tepat dan lokasi kejadian tidak dinyatakan dan hanya diberitahu berlaku di satu daerah di Terengganu, merujuk kepada ciapan yang dilakukan oleh pengguna Twitter berkenaan.

– m1nnnt