Video remaja mirip penyanyi lelaki popular bercium dengan wanita seksi di kelab malam tersebar

Video remaja mirip penyanyi lelaki popular bercium dengan wanita seksi di kelab malam tersebar

 

Nampak gayanya, penyanyi remaja lelaki popular ini sukar untuk melarikan diri daripada terjerumus dengan kontroversi panas.

Cium di kelab malam?

Terbaharu, namanya kembali hangat diperkatakan netizen apabila video aksinya didakwa sedang mencium seorang wanita di sebuah kelab malam tersebar.

Memetik laporan Boom!, klip berdurasi lima saat itu telah dimuat naik ke sebuah akaun TikTok sehari lalu dan dikirim ke peti mesej Instagram portal terbabit.

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 22 tahun itu didakwa sedang berhibur di kelab malam.

Kemudiannya, dia didakwa memeluk lalu mencium pipi dan leher wanita yang berpakaian seksi sehinggakan menampakkan lurah dada dengan sangat ghairah.

Namun, ini bukanlah kali pertama dia terlibat dengan kontroversi membabitkan kejadian di kelab malam.

Pada empat tahun lalu, tular beberapa keping foto mesra dia memeluk seorang aktres senior di sebuah kelab malam.

Sebelum ini, dia sekali lagi menarik perhatian ramai apabila didakwa telah bernikah dengan seorang wanita setelah terlanjur.

Tuduhan menerusi edaran mesej (DM) Instagram itu bagaimanapun dinafikan sekeras-kerasnya oleh ahli keluarganya yang mendakwa fitnah semata-mata.