[VIDEO] Rakaman menunjukkan Safarizal ditumbuk Zulaiha sebelum kekecohan berlaku

[VIDEO] Rakaman menunjukkan Safarizal ditumbuk Zulaiha sebelum kekecohan berlaku

Selepas tular video yang merakamkan kekecohan antara beberapa anggota Angkatan Wanita (AWAN) Teluk Intan dan petugas di bilik mesyuarat tempat berlangsungnya prosiding siasatan pemalsuan pendaftaran cawangan, kini tular rakaman video menunjukkan individu yang didakwa bertindak kasar terhadap Zulaiha terlebih dahulu ditumbuk pada bahagian kepala.

Video tersebut menunjukkan bagaimana individu yang dikenali sebagai Safarizal ditumbuk oleh Zulaiha sebelum keadaan menjadi kecoh.

Dalam video yang diperlahankan pergerakannnya itu juga menunjukkan Safarizal secara spontan telah mengangkat tangan bagi menepis tumbukan yang dibuat ke atasnya bagi mempertahankan diri.

Kejadian yang berlaku di pintu masuk bilik mesyuarat itu dikatakan bermula dengan provokasi daripada Zulaiha dan rakan-rakannya yang bertindak mengganggu prosiding siasatan dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan yang dilantik.

Dalam pada itu, sumber turut mendedahkan video tersebut menjadi bukti Safarizal meminta supaya mereka menghormati prosiding tetapi mereka enggan berbuat demikian dan menumbuk Safarizal sebelum kekecohan berlaku.

Sumber turut mendedahkan bagaimana keadaaan tersebut memaksa seorang lagi Jawatankuasa Siasatan bertindak menghalau mereka keluar daripada bilik mesyuarat apabila terus menerus mengganggu proses siasatan.

Untuk rekod, Zulaiha juga pernah dikaitkan dengan satu kes penipuan projek perumahan sekitar 2017.