[Video] Presiden Perancis kena ‘makan’ penampar

[Video] Presiden Perancis kena ‘makan’ penampar

 

Presiden Perancis Emmanuel Macron ditampar di muka oleh seorang daripada beberapa lelaki, ketika beliau sedang berjalan di selatan negara itu.

Kejadian itu dirakam dan dimuat naik di laman Twitter.

Pengawal peribadi Macron dengan cepat menjatuhkan lelaki terbabit dan menjauhkan Macron daripadanya. Dua individu ditangkap berhubung dengan kejadian itu, lapor stesen TV BFM dan radio RMC.

Perdana Menteri Perancis Jean Castex menyifatkan perbuatan itu sebagai pencabulan ke atas demokrasi.

Insiden berlaku ketika Macron melawat wilayah Drome di tenggara Perancis, di mana beliau bertemu pengusaha restoran dan pelajar dan berbual mengenai kehidupan selepas pandemik Covid-19.

Dalam video yang tular di media sosial, Macron yang kelihatan berbaju putih dan memakai pelitup muka berjalan ke aras sekumpulan individu yang berada di belakang penghadang.

Presiden Perancis itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan seorang lelaki yang memakai baju-T hijau, berkaca mata dan memakai pelitup muka.

Lelaki itu kedengaran menjerit ‘Down with Macronia’ dalam bahasa Perancis, sebelum menampar Macron, sebelum dua pengawal keselamatan Presiden menangkapnya. – Agensi