[Video] Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim

[Video] Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim

 

Jurulatih penerbangan dan pelatih terselamat selepas pesawat Cesna 172 terhempas berhampiran Ladang MAIP, Sungkai, di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan, 9.46 pagi, hari ini.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Makluman awal, sebuah kapal terbang dimaklumkan jatuh berdekatan Ladang MAIP Sungkai iatu kapal terbang jenis Cesna 172 daripada Layang Layang Flying Academy.

“Mangsa adalah jurulatih penerbangan, Kapten Shahrul Imran, 30-an, dan pelatih, Le Ho Jia, 20-an,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media hari ini.