[Video] Perompak tertidur dalam bilik sampai pagi sebab ‘aircond’ terlalu nyaman

[Video] Perompak tertidur dalam bilik sampai pagi sebab ‘aircond’ terlalu nyaman

Gambar seorang perompak tertidur di rumah yang dipecah masuknya viral di media sosial. Apatah lagi, rumah yang disasarkannya itu adalah rumah seorang anggota polis.

Menurut media Thailand, suspek merupakan lelaki berusia 22 tahun, memecah masuk rumah tersebut yang terletak di Wilayah Phetchabun kira-kira jam 2 pagi.

Disebabkan terlalu penat dan mengantuk, akhirnya dia menghidupkan penyaman udara dan tidur di salah satu bilik kediaman itu. Namun dia tidak menyangka yang dia tertidur sehingga pagi keesokan harinya.

Bilik yang dicerobohnya itu adalah bilik anak perempuan kepada pemilik rumah. Ketika kejadian, gadis itu tiada di rumah. Disebabkan itu juga, pemilik rumah yang baru pulang dari bertugas berasa curiga siapa yang berada di bilik anaknya itu, kerana pendingin hawa dipasang.

Sebaik saja menjenguk ke dalam bilik, anggota berkenaan terkejut melihat kelibat perompak terbabit yang sedang tidur diselubungi selimut.

Dia terus menjerit untuk mengejutkan tetamu yang tidak diundang ke rumah mereka itu. Perompak itu yang masih mengantuk dan kebingungan ketika dikejutkan sebelum ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan merompak dan menceroboh kediaman penduduk tanpa izin.

 

 

Sumber: Agensi, TR