Video ‘pak belang’ main blkg rumah raih perhatian, “Siapa nak boleh datang, saya dah tak larat nak bela”

Video ‘pak belang’ main blkg rumah raih perhatian, “Siapa nak boleh datang, saya dah tak larat nak bela”

 

Bila sebut sahaja pasal harimau, pasti ramai yang membayangkan kebengisan dan bahaya haiwan itu yang sememangnya memberi ancaman sekiranya didekati.

Namun, siapa sangka bahawa haiwan itu juga sebenarnya boleh menjadi comel seperti seekor kucing tetapi di dalam versi yang tidak boleh dibelai.

‘Pemandangan’ yang jarang dilihat itu dapat dilihat menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun Facebook. Menerusi video itu, seekor harimau dilihat di sebuah hutan sedang bersantai dalam sebuah besen yang dipenuhi air dengan gaya yang comel.

Harimau itu pada awalnya mengelilingi tangki tersebut sebelum masuk ke dalam berendam dan membuat gaya santai.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang ‘geram’ dengan melihat kecomelan haiwan itu dan berkata bahawa ia merupakan momen yang jarang dilihat.