[Video] Orang ramai selamatkan kanak-kanak tidur dalam kereta undang pelbagai reaksi
![[Video] Orang ramai selamatkan kanak-kanak tidur dalam kereta undang pelbagai reaksi [Video] Orang ramai selamatkan kanak-kanak tidur dalam kereta undang pelbagai reaksi](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2021/04/vocket-kanak-perempuan-tertidur-proton-persona-header-e1619419788918.jpg)
Umum ramai orang mengetahui risiko bahaya apabila meninggalkan anak kecil di dalam kereta sehinggakan ada yang mengakibatkan kematian. Namun perkara ini kerap kali berulang pada setiap tahun seperti sudah menjadi satu ‘kebiasaan’ di kalangan masyarakat kita.
Terbaru, tular satu rakaman video pada petang semalam di mana sekumpulan orang ramai cuba mengoyangkan sebuah kereta Proton Persona untuk mengejutkan seorang kanak-kanak perempuan yang tertidur semasa ditinggalkan sendirian.
The public tried to wake the kid up because she fell asleep inside the car https://t.co/DdJrXlFR25 pic.twitter.com/YUxByyuyHl
— penanam anggur (@anthraxxxx) April 25, 2021
Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang turut berada semasa kejadian menyatakan anak perempuannya itu sekiranya tertidur, memang akan ‘tidur mati‘ dan sukar untuk bangun sekiranya dikejutkan.
Setelah kanak-kanak tersebut terjaga dari tidur, mereka memberikan ‘arahan’ kepadanya yang masih dalam keadaan mamai untuk membuka pintu untuk mengeluarkannya daripada kereta secepat mungkin.
Video itu telah mendapat hampir 650,000 ribu tontonan dan ribuan reaksi daripada netizen. Rata-rata ramai tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tersebut yang meninggalkan anaknya bersendirian dan ada juga berkongsi pengalaman sendiri yang pernah berhadapan situasi seperti itu.
Manusia tak pernah belajar dari kesilapan orang lain. Dah berapa banyak kes orang mati lemas dalam kereta? Masih juga ada yang buat. Tunggu dah kena diri sendiri baru ada akai kot https://t.co/SLjLDp9BYz
— Heisenberg (@AfiqBushido) April 26, 2021
The mother bagus maintain focused. A reminder to all parents out there, pls jgn tinggal anak dlm kereta wpun sekejap. Nasib baik budak tu bgn eh. 😭 https://t.co/FETL7dF3FK
— Jia (@jiaohjia) April 26, 2021
Baru ni macam ni juga jadi dekat kedai aku. Maknya pergi guardian anak dalam kereta tertidur puas lah goncang kereta tapi tak bangun2. Terus panggil orang bengkel dia buka lock dari luar. 🤦🏻 https://t.co/8jopRXW5oS
— aliff 🇲🇾 (@AliffZulkifly) April 26, 2021
Thanks to the public. Please don't leave you kids unattended. I think they independent enough at age of 18. https://t.co/GV6FQn6kS3
— EMM 🇲🇾 (@enylyana) April 26, 2021
Been there done that but even brutal haha. Kesian ust tu, sebabkan anak dia dah tidur mati hampir 30 min end up aku terpaksa decide 1 kerja gila dgn pecahkan tingkap guna batu bata 😂.
Alhamdulillah semuanya selamat, tingkap pun dah diganti baru. https://t.co/xjJ4lonnnY— mikeong (@miyekard) April 26, 2021
Netizen juga turut memuji orang ramai kerana prihatin dan berkerjasama untuk membantu wanita tersebut untuk mengejutkan anak perempuannya itu dengan selamat.
Semoga video ini dapat menjadi tauladan kepada kita semua agar tidak meninggalkan anak-anak kecil keseorangan di dalam kereta kerana risiko bahaya yang agak tinggi. – TV