[Video] Netizen kecam lelaki belasah warga emas di tengah jalan

[Video] Netizen kecam lelaki belasah warga emas di tengah jalan

 

TINDAKAN lelaki membelasah seorang warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam, dipercayai akibat kemalangan dikecam orang ramai.

Video insiden itu dimuat naik oleh Mohd Faizal Wahid di Facebooknya, sebentar tadi.

 

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, memaparkan lelaki terbabit yang memakai topi keledar sedang menumbuk berkali-kali di muka seorang warga emas dipercayai pemandu kenderaan Honda berwarna hitam di tengah jalan.

Mohd Faizal turut meluahkan rasa marah dan kesal dengan sikap biadap lelaki terbabit.

Katanya, apa-apa pun yang berlaku membabitkan kemalangan, tidak kira siapa betul atau salah, perlulah mengambil inisiatif yang baik dengan bersama-sama mencari jalan penyelesaian dan bukan bertindak sedemikian terutamanya kepada orang tua.

“Kejadian itu berlaku di sekitar Padang Jawa. Kau orang luar kalau kemalangan macam mana pun jangan la kau belasah orang tua ni dah tentu orang Padang Jawa.

“Bangang tu simpan sikit la kan tak pasal pasal kau kena angkut ke balai.. kalau bapak aku kau buat macam ni memang kau manusia tak guna.

“Kat Malaysia ni kalau sesiapa pun pukul orang confirm cerita balai punya,” katanya.

Namun, motif kejadian itu tidak diberitahu secara lanjut.

Rata-rata pengguna Facebook bengang dan marah dengan tindakan lelaki itu yang disifatkan kurang ajar serta meminta pihak polis mengambil tindakan.

Afa Roslan berkata: “Berderau darah aku tengok ni! Tak kisah lah walaupun kalau pakcik tu salah pun! Jangan biadap sangat! Sumpah panas tengok.”

Jef pula berkata:”Yang record ni tolong buat report. Dapatkan nombor plat motor bro yang pukul org tua…please.”