[Video] Myvi buat hal lagi, kali ini ‘terbang’ pula

[Video] Myvi buat hal lagi, kali ini ‘terbang’ pula

Menerusi perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis, di laman Facebook menceritakan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang berlaku di Taman Bukti Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Menerusi info awal, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu merupakan pemandu lelaki. Difahamkan, kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan berjaya melepasi longkang besar yang terdapat di tepi jalan.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh PKO sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Namun, sehingga kini tiada info tambahan mengenai kemalangan itu. Menerusi video yang dikongsi oleh orang awam, kereta tersebut dipercayai berjaya ‘melompat’ longkang besar yang berada di situ.

PKO bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan lalu diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan selanjutnya.

Nampak macam mustahil, tapi mungkin nasib menyebelahi pemandu Myvi ini.