[Video] “Musuh, penembak tepat mencari anda” – Mesej terbaru yang dikeluarkan 4l Qa$$am buat I5R43L menggelabah

[Video] “Musuh, penembak tepat mencari anda” – Mesej terbaru yang dikeluarkan 4l Qa$$am buat I5R43L menggelabah

Video yang merakamkam detik-detik rumah keluarga Al Mughayir di Rafah, selatan Gaza dibedil bom oleh pesawat tentera Zionis laknatullah sebentar tadi.

Al Jazeera kongsi sekeping surat yang ditulis oleh Zina Ahmed Dabous, 10 tahun disorok di bawah bantalnya:

“Mak saya takut. Kalau mereka bunuh kita, tanamlah kita bersama-sama supaya kita boleh saling berpelukan. Bagitahu mereka untuk kebumikan saya dalam pakaian hari raya.”

Briged Al Qassam mengeluarkan video mereka yang terbaru dengan mesej:

“Musuh, penembak tepat mencari anda.”

Briged Al Qassam berkongsi satu gambar dengan hadis:

Uqbah bin Amir al-Juhani, Rasulullah bersabda atas mimbar: “Persiapkan semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah bahawa kekuatan itu adalah memanah! (ayat memanah ini diulang 3 kali).”- Hadis Riwayat Muslim.

Kebanyakan tempat di selatan Israel seperti Ashkelon, Ashdod, Netivot dan Beersheva mengaktifkan siren amaran mereka selepas Briged Al Qassam mengeluarkan video yang terbaru tadi.

Beersheva melaporkan impak pertama sebentar tadi. Beberapa buah kenderaan rosak teruk. Allahuakbar!

Impak di Ashkelon. Tiada yang cedera namun seorang dirawat untuk ‘anxiety attack’.

Lagi video menunjukkan impak serangan Briged Al Qassam ke atas Beersheva yang mengenai sebuah kilang.

Kredit: @JatIkhwan