[Video] Muhyiddin ibarat orang menang loteri bila acap kali sebut ‘I Am Now The Prime Minister Of Malaysia’

[Video] Muhyiddin ibarat orang menang loteri bila acap kali sebut ‘I Am Now The Prime Minister Of Malaysia’

 

Beberapa hari lepas saya follow twitter space zack dan ada sesi dengan YB Fahmi Fadzil yang agak menarik perhatian saya. Dia sebut selepas Mahiadin naik jadi PM, ada berberapa MP PH yang berjumpa dengan Mahiadin untuk berbincang beberapa perkara. Tapi dalam perjumpaan tersebut dia sebut dengan nada sombong yang “I Am Now The Prime Minister”.

Tuan-Tuan,

Tiba-tiba saya terfikir, kenapa lenggok bahasanya sama seperti orang yang menang loteri judi?

Kalau anda tak percaya, macam inilah pemenang-pemenang loteri di negara barat memberi reaksi bila memang powerball kerana mereka sebenarnya tak sangka boleh menang loteri.

Pemenang loteri ini mereka biasanya gembira tak lama, betul dapat duit banyak tapi dalam masa terdekat biasa mereka akan jadi miskin balik. Ada yang porak poranda keluarga, dapat ancaman bunuh, tidur tak tenang, kena tipu dalam business deal; sampai di barat banyak yang kata duit loteri adalah duit sumpahan.

Kalau anda nak naik kapal terbang, tiba-tiba pilot menjerit kata “I am now the pilot of the plane”; be careful, 99% yang kapal tersebut takkan mendarat di bumi.

Jadi Mahiadin hanya pandai merancang untuk berkhianat tapi bila sudah dapat apa yang dia hajat, dia sebenarnya clueless tak tahu nak buat apa. Dia bukan PM material, dia lebih kepada followers bukan leader. Sebab itu dia hanya berutus dengan PDF ataupun angkat doa dalam TV; nak berlakon yang lain tak berapa pandai. Nasib dia baik sebab umat melayu senang kena tipu dengan penunggang agama yang berlagak alim.

Jawatan Perdana Menteri yang dia idam-idamkan itu sebenarnya jadi sumpahan untuk dia.

Saya bagi 2 contoh kegagalan Mahiadin yang ketara.

Yang paling obvious, dia takut berjumpa wartawan. Bila tak jumpa wartawan, tak ada orang boleh tanya soalan, jadi dia tak payah bertanggungjawab atas apa-apa pun tindakan dia dan kabinet dia. Bila tak jumpa wartawan tak ada orang tahu apa visi dan misi dia. Negara di biarkan berjalan di atas auto-pilot tanya sebarang guideline.

Ke dua dia hanya pandai copy paste. Ada 2 benda yang jadi bukti di hanya pandai copy paste; itupun bila copy tak faham apa-apa jadilah bad copycat. Siapa perasan Anwar pernah bentang plan pemulihan dan keluar dari Covid, selepas beberapa hari, Mahiadin pun copy benda yang sama buat plan pemulihan yang start guna fasa 1,2 etc.

Cumanya bila plan dia keluar, apa details semua tak ada. Lepas itu bila Mahathir buat majlis pemulihan negara, dia pun hendak copy paste benda yang sama; macam orang yang copy assignment code tapi tak faham satu apapun, siap nama pun dia retain sebab tak tahu kat mana nak edit code script.

Bagi saya 2 benda ini adalah contoh klasik kepimpinan yang gagal dari atas ke bawah. Padan Anwar sebut, sudahlah berkhianat, mentadbir pula b0d0h. 12 ribu nyawa yang terkorban akibat Covid dan 1500 lagi akibat bunuh diri semasa pemerintahan dia adalah testament kepada kegagalan kerajaan pimpinan dia.

Tambah dengan SOP double standard, gila berpolitik sepanjang masa, parlimen patut di buka untuk cari penyelesaian bagi kemelut ekonomi, kesihatan dan pentadbiran di prorogue, 73 barisan menteri kabinet yang membusung tapi tak efficient, itu tak termasuk kes-kes yang di sapu bawah karpet, tender-tender yang sketchy; kalau macam ini berlaku, macam mana rahmat Allah hendak turun?

Bukti yang dia acap kali sebut “I Am Now The Prime Minister Of Malaysia”

 

Sumber: Mohd Mukhlis Mohd Sharif