[VIDEO] Lelaki tayang ‘bebird’ cuba terkam pekerja kedai, mujur sempat lari
Semalam, tular satu video di media sosial di mana seorang lelaki yang hanya memakai baju tanpa seluar bertindak memasuki sebuah kedai telefon sebelum mengganggu tiga pekerja wanita dalam premis itu.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kedai telefon bimbit, berhampiran Pantai Timor Shopping Center (Pintu Pong), Kota Bharu, Kelantan.
Lelaki tidak pakai seluar
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 15 saat itu, memaparkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna oren cuba untuk menganggu pekerja premis itu. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga pekerja wanita itu sempat melarikan diri daripada lelaki itu.
Jika dilihat, pada mulanya pekerja wanita itu sempat untuk membuat panggilan bagi melaporkan kejadian tersebut. Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga dilihat lompat dari meja kedai tersebut untuk keluar dari premis berkenaan. Namun, sehingga kini tiada maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.
Respon netizen
Video tersebut telah dikongsi hampir 654 oleh pengguna Facebook yang lain, dan dihujani dengan ratusan komen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat supaya pemilik premis tersebut mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di kedai tersebut supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.
Sumber: OB, Info Roadblock JPJ/Polis