Video lama zaman percintaan kembali tular, TikToker ‘ungkit’ kisah zaman fenomena Lofattah

Tular di TikTok sekarang ini rakaman saat-saat indah percintaan Fattah Amin dan Neelofa.
Tak pastilah apa tujuan video tersebut dibuat namun ia berjaya mencuri perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam rakaman, Fattah dan Neelofa sedang hangat dilamun cinta.
Kedua-duanya sentiasa tersenyum dan ketawa bersama.
@niaavaleqaa cinta pertama #neelofa #fattahamin #lofattah #fyp
@niaavaleqaa fattah panggil lofa baby tak tahu dah live #neelofa #fattahamin #lofattah #fyp
Di ruangan komen ramai yang rindu melihat drama lakonan mereka berdua.
Tak kurang juga ada yang mengungkit kembali punca percintaan mereka putus di tengah jalan.
@niaavaleqaa Cinta itu membebaskan, jika ia kembali, ialah cinta sejati #neelofa #fattahamin #lofattah #fyp #sadvibes
Melihat komen ada yang mendakwa Mama Neelofa iaitu Noor Kartini tidak merestui dan tak suka Fattah.
Ada juga yang mengakui fenomena Lofattah yang melanda dunia seni tak lama dulu.
Selain Neelofa dan Fttah Amin, ada juga banyak video berkenaan pasangan artis yang dulu hangat bercinta namun tiada jodoh.
Antaranya, Elfira Loya dan Sufian Suhaimi, Puteri Sarah dan Amar Alfian serta Aiman hakim dan Fathia Latiff.
@ceoofceo03 Membalas kepada @Shazwaniesyazwin.JH tewas di persimpangan 🌊 #fyp
@ceoofceo03 Membalas kepada @Fabulous.co 🤧 #fyp
@ceoofceo03 Membalas kepada @Rozana Jannah Tajai putus tunang 🤧 #fyp
@ceoofceo03 Membalas kepada @Lays Lavender gambar lain tak dapat up yang tahu je tahu #fyp
Video-video sebegini sepatutnya tak perlu. Mungkin ada yang terluka kalau mengimbau kenangan lama mengusik jiwa seperti ini tak gitu? – CARI