[Video] Konon nak bergurau, netizen kecam lelaki ‘kenakan’ pekerja pasar raya

[Video] Konon nak bergurau, netizen kecam lelaki ‘kenakan’ pekerja pasar raya

Di Twitter, viral sebuah video mengenai gelagat seorang lelaki yang tidak ‘menghormati’ pekerjaan orang lain ketika membeli ikan bilis di sebuah pasar raya tempatan. Lebih teruk, lelaki tersebut kelihatan ketawa selepas menyusahkan pekerja warga asing di pasar raya berkenaan.

Jangan buat macam ni wei

Jangan buat macam ni. Kau tak tau dia tu penat. Silap silap kau buat orang yang baran mendapat kau dik. Please hormat kerja orang.

Menerusi video berdurasi 0:24 saat, lelaki tersebut dilihat sedang memilih hanya beberapa ekor ikan bilis sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna putih. Seperti pasar raya yang lain, pelanggan harus menimbang berat dan harga barangan yang ingin dibeli terlebih dahulu. Semasa sampai di kaunter penimbang, seorang pekerja yang dipercayai warganegara Pakistan terkejut melihat bilangan ikan bilis yang ingin dibeli oleh lelaki tersebut.

Ni macam mana kira eh?  Boleh? Ohh tak apalah saya tambah lagi.

Malah, pekerja tersebut turut bertanya sama ada lelaki berkenaan mahu dirinya untuk ketawa melihat situasi sedemikian atau tidak.

Nak minta maaf

Hi, Assalamualaikum. Aku yang dekat dalam video. Aku nak minta maaf apa yang aku dah buat dekat video tu. Aku sedar salah aku sebab menyusahkn kerja orang. Bagi aku first tu macam lawak, bila aku fikir 2 hingga 3 kali aku baca komen baru aku faham kenapa aku patut kena kecam macam tuu. I’m sory.

Susulan daripada video viral tersebut, seorang lelaki yang dikenali sebagai Alief Haiqal telah tampil dan membuat permohonan maaf. Menurut Alief, semua yang berlaku itu merupakan rancangan rakannya. Tetapi, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh dirinya sendiri.

Alief turut memberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengan pekerja warga asing di pasar raya tersebut bagi membuat permohonan maaf. Sebagai manusia, dia turut berasa serba salah dengan ramai pihak.

Sumber: ohbulan