[Video] Isu seleweng RM1.12 juta: Bakal didakwa esok, ini jawapan padu dari Syed Saddiq

[Video] Isu seleweng RM1.12 juta: Bakal didakwa esok, ini jawapan padu dari Syed Saddiq

 

 

Bekas Menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta jam 9 pagi esok berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang peruntukan sebuah parti politik.

Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka akan berhadapan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

“Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terbabit dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang beliau adalah ketua pemuda.

“Ahli Parlimen itu dijangka akan turut dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber berkata, siasatan ke atas Ahli Parlimen ini dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Sumber: Harian MetroSyed Saddiq