[Video] Ismail Sabri, Faizal Azumu dan Hamzah di kediaman Muhyiddin

[Video] Ismail Sabri, Faizal Azumu dan Hamzah di kediaman Muhyiddin

 

 

Beberapa kenderaan yang membawa orang kenamaan dilihat meninggalkan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara jam 10.30 malam tadi.

Kesemuanya sembilan buah kenderaan antaranya Vellfire dan Ford Rangers beredar selepas lebih sejam berada di kediaman tersebut.

Difahamkan antara yang hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin merangkap Setiausaha Agung Perikatan Nasional.

Turut mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Media yang menunggu di luar perkarangan kediaman Muhyiddin bagaimanapun tidak berpeluang bercakap dengan mana-mana pemimpin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Sumber: Malaysia Gazette