[Video] ‘Hantu betul lah!’ – Tiga ‘makcik bawang’ terkejut eksiden berlaku depan mata
Kerancakan tiga wanita berbual sakan mengenai perancangan majlis terbantut apabila berlaku kemalangan yang membabitkan dua buah kereta di hadapan mereka.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 12.35 tengah hari di Jalan Tanjung Laboh, Taman Mewah, Batu Pahat, Johor.
Video viral di media sosial berdurasi 1 minit 36 saat itu terdahulu menunjukkan dua wanita itu dalam perjalanan ke destinasi sambil berbuat mengenai persiapan majlis yang akan diadakan selepas sembahyang Jumaat.
Pemandu itu mengatakan dia berkemungkinan akan memulakan perjalanan ke majlisnya di sebelah petang. Wanita itu juga menjangkakan makanan mungkin akan habis cepat. Namun rakannya memaklumkan perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana ramai adik beradiknya yang boleh masak makanan baru.
Tibanya di persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta Perodua Kelisa yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba masuk ke lorong tengah membuatkan mereka terkejut lalu membunyikan hon.
Namun pemandu Kelisa tetap gigih meneruskan niatnya untuk masuk ke lorong kanan yang dipercayai mahu membuat pusingan U.
Wanita Kedua: “Hantu betul lah, nak ke mana?! Bodoh betul lah! Woii!!! Allahuakbar!!”
Tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan tidak menyedari kehadiran Kelisa itu meneruskan perjalanan sebelum melanggar bahagian depan sisi kanan Kelisa. Proton Wira berkenaan nyaris terbalik disebabkan pelanggaran itu.
Wanita Pertama (Pemandu): “Aku dah kata dah! Haaa! Mabuk ke apa akak ni?! Aku dah hon dia jalan juga. Dia dah kenapa??”
Wanita Kedua: “Apsal dia camtu Mai?”
Wanita Pertama (Pemandu): “Manalah aku tau, dia yang bawak! Hahahaha!”
Wanita Kedua: “Tak, dia pandai ke tak pandai?”
Wanita Pertama (Pemandu): “Dia nak belok sana (pusingan U), dia salah jalan. Kak Mai dah hon, dia sepatutnya berhenti dulu tengok sana (lorong kanan). Sana (Wira) memang jalan dia, tegak.”
Wanita Kedua: “Nasib baik Wira tak terbalik.”
Sementara itu di ruangan komen, netizen tidak membahaskan kemalangan itu tetapi terhibur dengan perbualan tiga wanita berkenaan, apatah lagi apabila mereka mula berleter mengenai kemalangan tersebut.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS