[Video] Goyang badan, geleng kepala, pocong ganggu abang polis di SJR

[Video] Goyang badan, geleng kepala, pocong ganggu abang polis di SJR

TERIMA kasih buat anggota polis dan tentera yang berkhidmat siang dan malam menjaga di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Selain menjaga lalu lintas pasukan barisan hadapan itu perlu peka keadaan sekeliling khususnya pada waktu malam.

Lebih-lebih lagi di lokasi yang dikelilingi hutan dan semak. Pasti menimbulkan elemen seram bukan?

Inilah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @zarulshahfiqrie baru-baru ini.

Menerusi video itu, kelihatan seorang individu dipercayai anggota polis sedang merakam kelibat pocong yang berada di kawasan SJR tempatnya bertugas.

Makhlus halus itu seolah-olah menggoyangkan badannya ketika berdiri di belakang rimbunan pokok pisang.

Justeru, ingin mengetahui lebih lanjut anggota keselamatan berjalan menuju ke arah pokok pisang itu.

Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut memuji tindakan beliau yang berani mendekati kawasan keberadaaan pocong terbabit.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menzahirkan rasa seram, apatah lagi melihat makhluk itu bergerak seolah ‘menggelengkan kepala.’

Ada juga yang berkongsi pendapat bahawa pokok pisang adalah lokasi kegemaran makhluk halus seperti pocong dan pontianak.

Ternyata cabaran yang digalas anggota keselamatan bukan sahaja perlu memantau pengguna jalan raya, bahkan terpaksa ‘melayan’ situasi seumpama ini secara tidak langsung.

@zarulshahfiqrie

abang polis kena ganggu ? #fypシ #fypage #fyp #fypシ゚viral #bangbangbang

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sumber: Sinar Harian  & TikTok @zarulshahfiqrie