[VIDEO] Gempar!!! Anonymous Malaysia dakwa sudah godam laman sesawang milik Kerajaan termasuk Perak

[VIDEO] Gempar!!! Anonymous Malaysia dakwa sudah godam laman sesawang milik Kerajaan termasuk Perak

Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa beberapa laman web milik kerajaan telah digodam.

Menerusi facebook kumpulan berkenaan ia mendakwa laman web yang terlibat ialah laman web milik kerajaan negeri Sabah, kerajaan negeri Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Penggodaman itu didakwa dilakukan lewat malam tadi oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai Cyberpunk Team.

Bagaimanapun tinjauan Astro Awani mendapati akses kepada semua laman web itu tidak terjejas kecuali laman web kerajaan negeri Perak.

Pada Jumaat lalu, Anonymous Malaysia memberi amaran kedua akan ada serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian menerusi #OpsWakeUp21.

Dalam video berdurasi 3:17 mereka memberi amaran sejak 2015 “Penipu Terus Menipu Rakyat” melalui email, panggilan telefon, media sosial dan whatsapp dengan menawarkan wang kepada rakyat serta mengugut mereka seakan-akan mereka melakukan jenayah.

Katanya, puncanya disebabkan penyedia perkhidmatan kerajaan dan swasta yang mengandungi data peribadi rakyat digodam serta dibocorkan sebelum data itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga. – AA