[Video] Gempar! Aksi ngeri empat polis serkup kepala suspek dengan plastik hingga maut

[Video] Gempar! Aksi ngeri empat polis serkup kepala suspek dengan plastik hingga maut

 

Polis Thailand didakwa menyeksa seorang suspek pengedar dadah sehingga mati dengan cara melemaskannya menggunakan beg plastik yang dipakaikan di kepalanya sebagai usaha untuk meminta wang rasuah sebanyak 44,000 (RM 253685.83), lapor Daily Mail.

Lelaki yang berusia 24 tahun itu telah ditahan bersama dengan teman wanitanya kerana didakwa menjual methamphetamine di Nakhon Sawan, timur laut Thailand pada 5 Ogos lalu.

Rakaman kamera CCTV yang menunjukkan dia telah diseksa oleh anggota polis ketika mereka berusaha untuk meminta wang bagi pembebasannya telah tersebar di internet selepas ianya dibocorkan oleh seorang polis junior.

 

Para pegawai polis pada awalnya telah pun menerima wang suapan berjumlah satu juta baht agar pasangan itu dibebaskan, suatu amalan yang terkenal dalam sistem peradilan yang korup secara kronik di negara itu.

Tetapi ketua stesen balai tersebut kemudian menuntut pasangan itu membayar berganda, menurut dakwaan.

Dia cuba untuk memeras ugut wang tunai dengan membungkus sekurang-kurangnya lima beg plastik di sekitar kepala lelaki tersebut dan mengetuk tangannya sambil berulang kali menggoncangkannya.

Lelaki tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia pada keesokan harinya di hospital.

Ketua polis balai tersebut yang dikenali dengan nama samaran Joe Ferrari kerana memiliki beberapa koleksi kereta mewah termasuk Lamborghini dan Bentley, dikatakan telah memfailkan kematian itu sebagai ‘overdose dadah’ dan telah membebaskan teman wanita suspek dengan syarat dia mendiamkan dirinya berkenaan perkara itu.

Namun begitu, seorang pegawai polis junior di stesen tersebut telah membocorkan rakaman CCTV kepada seorang peguam yang secara terbukanya menuntut agar polis yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha pada hari ini telah mengarahkan satu siasatan berkenaan insiden kematian membabitkan pegawai polis yang terlibat itu dijalankan.

Jurucakap kerajaan menyatakan bahawa Perdana Menteri “mahu Ketua Polis Negara memeriksa klip itu sendiri dan membela keadilan kepada mangsa”.

Beliau turut mengarahkan agar Ketua Polis Negara mengawasi siasatan tersebut dan segera memecat pegawai yang didakwa terlibat atas kematian tersebut.

Setakat ini, seramai empat orang telah ditahan dan disoal siasat sementara waran tangkap telah dikeluarkan untuk tiga yang lain, dengan polis di pusat pemeriksaan di sepanjang sempadan negara diperintahkan untuk memburu mereka.

Ketua Polis itu berkata: “Kami telah menonton klip rakaman tersebut dan percaya bahawa pegawai polis itu telah melakukan kesalahan. Video ini sahih. mereka akan diberhentikan dari pasukan polis dan siasatan berkenaan tatatertib yang serius akan dijalankan.

Ketua balai tersebut adalah seorang lulusan daripada Akademi Kadet Polis Diraja di Bangkok sebelum dikenali sebagai salah seorang pegawai penguat kuasa dadah terbaik di negara berkenaan.

Dia juga dikenali sebagai ‘playboy’ kerana bercinta dengan model dan mempunyai koleksi kereta mewah termasuk Lamborghini edisi terhad Aventador LP 720-4 ulang tahun ke-50, yang dia mengakui sebagai orang pertama di negara itu yang memilikinya bersama dengan kereta Bentley Continental GT, Ferrari 488 GTB dan beberapa buah kereta Mercedes serta Porsche.

Bekas kekasihnya, iaitu seorang pelakon Thailand, bahkan mendakwa ketua balai itu pernah memerintahkan pegawai polis untuk mengintipnya ketika dia sedang bercuti sebelum datang ke rumah ibu bapanya untuk meminta agar perkongsian dalam internet mengenainya dipadamkan.

Walaupun menyalahi undang-undang, rasuah telah dikatakan menjadisebahagian dalam sistem keadilan Thailand yang diterima secara meluas dengan dakwaan ada pegawai di seluruh negara menerima pembayaran agar kes-kes dibatalkan.

Sumber: Siakap Keli