[Video] Gelagat murid Darjah 1, kanak-kanak ini cabut lari hari pertama masuk sekolah

[Video] Gelagat murid Darjah 1, kanak-kanak ini cabut lari hari pertama masuk sekolah

Perasaan gugup dan risau sepanjang hari pertama persekolahan pastinya membuatkan ramai ibu bapa tak senang duduk.

Namun, situasi ini pastinya turut dirasai oleh para pelajar. Tambahan pula kalau itu adalah pengalaman pertama beliau memasuki zaman persekolahan.

Terbaharu, melalui perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis, kelihatan gelagat seorang kanak-kanak yang baru memulakan sesi persekolahan.

Beliau yang baru berumur 7 tahun difahamkan telah lari dari sekolah dan dikejar oleh seorang lelaki yang turut merakam kejadian terbabit.

 

 

Kelihatan lelaki itu seperti tercungap-cungap mahu mengejar kanak-kanak terbabit yang sudah jauh di hadapan.

Usahanya untuk mengejar kanak-kanak terbabit akhirnya dibantu oleh seorang wanita yang menaiki motorsikal. Dia kemudiannya membawa kanak-kanak itu naik bersamanya.

Aksi ini adalah antara gelagat pertama di hari persekolahan yang berjaya dirakam dan mendapat reaksi lucu daripada netizen.

Video yang baru dimuat naik itu telah mendapat 3,000 lebih tanda suka dan lebih 900 komen daripada netizen. – TV