[Video] “Dulu saya tak percaya Covid, bila kena batang hidung sendiri.. Covid is real” – Shuib pesan ambil vaksin

[Video] “Dulu saya tak percaya Covid, bila kena batang hidung sendiri.. Covid is real” – Shuib pesan ambil vaksin

 

IG live yang dilakukan oleh pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin awal pagi tadi sememangnya sangat menyebakkan.

Shuib juga menceritakan kronologi bagaimana mereka boleh terkena Covid-19 yang dianggap sekadar ‘punca’ untuk berlakunya semua perkara drastik ini.

Kronologi wabak menyebakkan hilang insan tersayang

Menurutnya, bermula dengan salaman tangan pembantu rumah ketika bertemu jiran sewaktu membuang sampah telah mengakibatkan seluruh isi rumah terkena wabak tersebut dan ditakdirkan Allah, pembantu rumahnya juga ‘tewas’.

Bercerita tentang Sarah, pada petang Jumaat oksigen isterinya mulai menurun dan dikejarkan ke hospital. Pada awalnya dia yakin yang isteri akan kembali sembuh, namun melihat dari x-ray paru-paru, doktor memaklumkan organ tersebut telah dipenuhi Covid-19 sehingga menjejaskan organ lain.

Ada yang minta tolong pesan tentang vaksin

Jadi, ketika dia masuk ke dalam hospital untuk melakukan pengecaman mayat, ada seorang petugas kesihatan memberi pesanan kepadanya berkenaan dengan vaksin.

Shuib dengan tegas berpesan kepada semua yang menonton IG livenya yang seramai lebih 600 ribu orang itu supaya mengambil vaksin kerana dos tersebut mampu memberi sedikit bantuan perlindungan untuk mengelakan dari wabak tersebut.

Jaga kesihatan, jangan degil tak patuh SOP

Tambahnya, isterinya mengalami komplikasi yang agak teruk kerana masih belum menerima vaksin.

Pelawak itu juga mengakui bahawa pernah berasa yakin isterinya akan sihat semula, namun doktor memaklumkan perkara berbeza.

Jadi, usahawan minuman jenama terkenal itu memberi pesanan kepada semua agar terus menjaga kesihatan, dapatkan vaksin dan makan vitamin agar tidak menyesal sepertinya dikemudian hari kerana mengabaikan beberapa dari hal itu.

“Hospital swasta semua penuh. Ketika tu duit banyak pun tak guna…isteri saya tak akan kembali.” katanya.

Beri pesanan buat yang positif Covid

Ada tiga perkara yang di highlight oleh Shuib dalam live tersebut berkaitan Covid-19 adalah pastikan menjaga kesihtan, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan jika positif Covid-19, wajib mendapatkan oximeter oksigen bagi memastikan oksigen dalam badan tidak menurun.

Kealpaannya dalam mengambil ringan tentang naik turun bacaan oksigen Sarah ketika kuarantin dirumah membuatkan dia kehilangan insan istimewa itu buat selamanya.

 

Walau bagaimanapun, dia tetap redha dengan ketentuan Allah kerana mengetahui isterinya sangat disayang Tuhan. Maka dia diambil terlebih dahulu berbanding orang lain.

Pesanan-pesanan Shuib dilihat begitu jelas dengan menjadikan tragedi yang dialaminya sebagai iktibar agar orang lain tidak melakukan kesilapan yang sebegitu dalam menjaga diri dari penularan Covid-19.

 

“Saya jujur bercakap, dulu saya tidak percaya Covid. Saya mengaku saya sudah divaksin sekali. Tapi saya masih ragu ragu. Dan Siti Sarah, tidak mendapat sebarang vaksin. Apabila kena batang hidung sendiri.. (air mata mengalir).”

Beliau juga menegaskan dan menggesa semua untuk mengambil vaksin kerana sekurang kurangnya akan merendahkan kemungkinan yang lebih teruk. Beliau menjelaskan, paru paru Siti Sarah hampir keseluruhan dijangkiti wabak berkenaan dan memerlukan bantuan oksigen.

Sumber: ohmymedia & Instagram Shuib Sepahtu